Kehadiran Industri 4.0 pasti berlaku dan
kesannya pasti akan dirasai oleh seluruh dunia termasuklah Malaysia.
Dr. Othman berkata dari aspek persediaan
kemahiran, Malaysia masih terkebelakang berdasarkan kepada fakta bahawa masih
banyak elemen-elemen penjanaan ekonomi dan perindustrian masih dilakukan secara
manual.
“Walaubagaimanapun kemunculan Industri 4.0
ini juga membawa sinar positif bagi mereka yang tahu memanfaatkannya.
Penghijrahan ke teknologi perdagangan alam maya atau e-commercebakal
membuka lebih banyak peluang ekonomi untuk rakyat Malaysia.
“Dengan wujudnya peluang perniagaan gaya
baru ini, setiap individu di Malaysia boleh menjual dan membeli barangan
melalui aplikasi tertentu dengan kos yang lebih murah berbanding di kedai,”
katanya.
Pihak kerajaan juga boleh mewujudkan Rancangan
Malaysia khusus untuk 30 tahun ke hadapan sempena Transformasi Nasional 2050
(TN50) bagi memperincikan bagaimana masyarakat Malaysia memanfaatkan
perkembangan revolusi ini dalam mengatur ekonomi, perindustrian,
perdagangan dan cara kehidupan.
Pengarah UTMCC, Prof. Madya Dr.
Othman Ibrahim di pejabatnya di UTMCC kampus Johor Bahru.
sumber
: https://news.utm.my/ms/2018/01/revolusi-industri-4-0-beri-pelbagai-kesan-pada-kehidupan/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan