PERKEMBANGAN
Revolusi Industri 4.0 (RI 4.0) memberikan kesan secara langsung dalam pelbagai
bidang termasuk pendidikan khususnya yang menjadi asas kepada penyedia tenaga
kerja.
Ini
kerana revolusi industri baharu ini memerlukan set kemahiran yang baharu.
Kesannya,
sistem latihan dan pendidikan ini akan berkembang seiring dalam menyediakan
industri dengan buruh mahir yang boleh menyokong perkembangan industri kini.
Adakah
sistem pendidikan ketinggalan dalam memacu RI 4.0?
Jawapan
sebenarnya ialah tidak. Kebanyakan kursus pengajian pendidikan yang mencipta
peluang pekerjaan tidak pernah lapuk tetapi cara penyampaian dan pengajaran
sudah tidak sesuai dengan zaman revolusi industri baharu.
Tiada
bidang ilmu sebenarnya yang sudah lapuk tetapi cara pengajaran mungkin tidak
lagi berkesan dengan kewujudan teknologi baharu yang menjadi gaya hidup
generasi kini.
Dengan
penggunaan telefon pintar yang memenuhi ruang kehidupan masyarakat, cara
pengajian di universiti yang melibatkan sesi kuliah panjang dianggap sudah
tidak sesuai.
Ia kini
mula mengorak langkah ke arah pengajian yang dipandu teknologi digital yang
lebih bersifat interaktif dan fleksibel.
Kaedah
pembelajaran di Malaysia ketika ini yang memerlukan kita untuk berada di dewan
kuliah sambil menyalin nota daripada papan hitam mungkin agak ketinggalan.
Fleksibel
Ia
mungkin menjadi jadi satu bahan jenaka jika diamalkan di institusi-institusi
pengajian tinggi kerana di peringkat sekolah rendah dan menengah juga sistem
pembelajaran sudah semakin fleksibel serta interaktif seperti usaha untuk
mengadakan smart class room telah banyak dimulakan.
Pada
masa sama, pihak-pihak yang bertanggungjawab juga giat memperkenalkan kursus
baharu selaras dengan RI 4.0 yang berasaskan kreativiti.
Industri
dipacu bermula dengan kuasa air, stim dan mekanikal seterusnya elektrik serta
pengeluaran massa.
Kemudiannya
pengkomputeran, automasi dan elektronik.
Apa
seterusnya? Itu adalah tiga revolusi industri yang telah dilalui sejak tahun
1760 hingga 2010.
Sedar
atau tidak, kita kini sebenarnya di ambang revolusi industri terkini yang
dikenali sebagai RI 4.0.
Revolusi
ini merujuk kepada kilang-kilang pintar iaitu mesin dihubungkan kepada capaian
internet kepada sistem berteknologi yang boleh menggambarkan rantaian
pengeluaran keseluruhan dan membuat keputusan sendiri.
Ia
mewakili gabungan sistem siber-fizikal, Internet of Things (IoT) dan
berteraskan jaringan internet.
Walaupun
individu dalam kalangan orang muda berasakan masih terlalu awal untuk membuat
spekulasi mengenai keadaan pekerjaan yang menerima pakai RI 4.0 di seluruh
dunia, mereka perlu bersiap sedia.
Pelajar
lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mahu menyambung pengajian perlu
mengetahui bahawa pekerja pada zaman hadapan bukan sahaja memerlukan mereka
mempelajari pelbagai maklumat dan ilmu baharu tetapi perlu digabungkan dengan
kebijaksanaan untuk mengoptimumkan maklumat serta ilmu yang mereka miliki.
Pada
era RI 4.0, kebijaksanaan seseorang individu dapat membantu peningkatan kadar
bayaran upah pekerjaan tetapi pada masa yang sama memberikan satu kelebihan
untuk bersaing menambat hati majikan.
Kementerian
Pengajian Tinggi telah meletakkan satu landasan yang betul bagi menjamin
kelangsungan institusi pendidikan tinggi (IPT) di Malaysia agar terus menjadi
pencipta tenaga kerja yang berkembang seiring dengan revolusi industri.
Proaktif
Perubahan
yang dilaksanakan tidak hanya merangkumi aspek-aspek ruang pembelajaran, kaedah
pengajaran, kurikulum yang lebih organik dan fleksibel tetapi menggunakan
teknologi terkini.
Bagi
pelajar lepasan SPM yang merancang untuk melanjutkan pelajaran, mereka perlulah
lebih proaktif dalam konteks ini.
Apa
sekalipun perubahan revolusi, konsep asas menuntut ilmu adalah berkekalan iaitu
hubungan antara maklumat, ilmu dan kebijaksanaan perlu difahami secara
mendalam.
Dalam kemajuan
teknologi ini, pelajar bukan sahaja perlu bijak untuk mendapatkan maklumat bagi
menyokong perkembangan ilmu mereka tetapi memerlukan kebijaksanaan untuk
mengoptimumkan ilmu yang dimiliki.
Apa
yang penting, kefahaman terhadap hubungan maklumat, ilmu dan kebijaksanaan
dalam kehidupan yang berterusan akan membantu mereka menghadapi cabaran dalam
setiap revolusi.
SUMBER
: http://www.kosmo.com.my/k2/varia/sistem-pendidikan-perlu-dengan-industri-4-0-1.681651
Tiada ulasan:
Catat Ulasan