Ahad, 16 Disember 2018

Apa Itu Revolusi Perindustrian 4.0?

Revolusi Perindustrian 4.0 kini kian diusahakan serata dunia dari semasa ke semasa. Sebelum ini platform media massa terkenal melonjak naik seperti Instagram, Whatsapp, Iflix, dan sebagainya. Termasuk juga pembangunan servis jual beli secara online seperti Shopee, Chilindo, Lazada dan Amazon. Pembangunan aplikasi maya menunjukkan kita bahawa sekarang adalah zaman pemodenan teknologi maklumat. 


Menurut pengasas Forum Ekonomi Dunia, Klaus Schwab dalam bukunya "The Fourth Industrial Revolution" menjelaskan Revolusi Industri Keempat ini ditandai dengan kemunculan superkomputer, robot pintar, kenderaan tanpa pengemudi, suntingan genetik dan perkembangan neuroteknologi yang memungkinkan manusia untuk lebih mengoptimalkan fungsi otak.

Dalam erti kata lain, hidup manusia akan dipermudahkan dengan bantuan robot yang bakal menjadi ”rakan” yang akan menguruskan hal ehwal dan rutin harian.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan